EVENT SELEPAS COVID-19
Salam, maaf agak lama tidak membuat posting, agak sibuk dengan pengurusan program.
Tanpa sebarang 'hint', covid-19 telah menyerang kebanyakan negara, rata-rata ekonomi kebanyakkan negara telah terjejas. Antara sektor yang sangat terkesan adalah sektor perlancongan dan hiburan.
Pengurusan majlis termasuk dalam kategori hiburan. Dimana pengunjung yang ramai menjadi tarikan utama majlis telah dihentikan operasi atas arahan kerajaan. Bagi mengurangkan kes terus meningkat.
Setiap perniagaan ada jatuh dan bangunnya, kepada pengusaha perniagaaan yang terjejas dengan COVID-19 ini, bertabahlah, namyak yang kita telah belajar.
Antara persediaan yang perlu ada :
- Simpanan kewangan
- Perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang
- Kreatif mencari peluang lain
- Bersedian secara mental bagi mengahadapi sebarang situasi
Semoga kita semua diberikan rezeki dan dan peluang yang lebih baik di masa akan datang.
Berjumpa di entri akan datang.
Sekian terima kasih.
~K
Comments
Post a Comment