CAR BOOT SALE


2 Februari 2019
Disediakan oleh : KV


Car Boot sale atau lebih 'popular' dengan nama CBS merupakan sebuah jenis perniagaan yang selalunya diceburi oleh usahawan baru.

Konsep CBS adalah menjual barangan dari bonet kereta, bersesuaian dengan namanya. Ya!, barangan jualan akan diletakkan di bonet kereta dan sesudah sampai di tapak jualan, peniaga hanya perlu membuka bonet kereta dan mulakan jualan! 'as easy as that'.

Tapi ada juga peniaga yang tambah khemah atau payung dan meja bagi menambahkan ruang 'display' mereka.

Kebanyakkan barangan yang akan dijual adalah barangan 'prelove' atau barangan 'second'. Barangan  yang masih elok dan cantik tapi sudah tidak digunakan lagi. Dari simpan di rumah tak diguna, baik jual dan jadikan duit kan. Adalah sedikit duit tambahan kan.

Tapi ada juga barangan baru yang dijual, seperti barangan yang diborong atau barang yang 'direct from supplier'. Harga di jualan CBS adalah sangat MURAH berbanding dari barang sama yang dijual di dalam permis atau kiosk lain. Jadi tidak perlu risau habis duit yang banyak bila ke jualan CBS.

Lokasi CBS juga, kebiasaanya adalah tempat yang strategik dan tempat tumpuaan orang tempatan. Peniaganya juga, selalunya orang disekitar kawasan itu juga kebanyakkannya.

SIAPA BOLEH JOIN??
- Peniaga 
- Suri rumah
- Pelajar
- Orang yang ada kedai
- Usahawan baru

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CBS BARU




2 tempat CBS baru akan dibuka di 2 tempat yang menarik!

Berikut info CBS baru itu...


CBS - TESCO SEMENYIH



CBS - TESCO KUALA SELANGOR


Kalau ada diantara anda yang membaca ini berminat bagi 'join' jualan CBS ini, Ada 2 cara :

1. Kol kami
016-3192987

2. Klik link grup whatsapp kami.
(*Boleh 'search' di facebook, mesti jumpa!)
(*Cari primestar)


Sehingga berjumpa lagi dalam perkongsian lain ya.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Tips untuk 2019!! (Take note USAHAWAN)

RESOLUSI 2019